CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 9, 2008

tak cukup parking..


Kajang….. masalah ketidakcukupan kawasan meletakkan kenderaan turut menjadi masalah kepada masyarakat iaitu baru-baru ini telah disiarkan di akhbar yang mengatakan Bandar Kajang tidak mencukupi tempat parking dan telah menyusahkan mereka . Masalah ini disebabkan ada sesetengah penduduk yang bekerja di Kajang telah meletakkan kenderaan mereka seharian dan menyebabkan ketidakcukupan kawasan meletak kenderaan.
Di samping itu juga mereka terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk mencari tempat meletakkan kenderaan mereka walaupun mereka hanya ingin pergi ke sesuatu tempat dalam tempoh sekejap sahaja dan itu pun telah mengambil masa yang lama dan ini telah menimbulkan kemarahan mereka. Dalam menyelesaikan masalah tersebut, pihak Majlis Perbandaran Kajang perlu menyediakan lebih banyak kawasan meletak kenderaan untuk memudahkan masyarakat di Bandar Kajang.

0 comments: