CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Bahagian B > keselamatan dan kawalan

Keselamatan dan kawalan


Hasil kajian di ketiga-tiga Bandar mendapati responden mengatakan keselamatan dan kawalan berada pada tahap efisien. Hasil daripada kajian kami mendapati bahawa responden tidak mempunyai pendapat mengenai polis pelancong kerana kurangnya aktiviti pelancongan atau lebih tepat lagi tiada produk pelancongan yang menarik untuk adanya polis pelancong. Kami mendapati bahawa vandalisme masih lagi terdapat di kawasan kajian. Hasil daripada kajian, kami mendapati bahawa vandalisme mempunyai keputusan yang hampir sama iaitu efisien dan kurang efisen. Hal ini disebabkan masih ada lagi vandalisme walaupun terdapatnya kawalan oleh pihak yang berwajib. Di samping itu juga, terdapat kawalan polis yang berada di bandar yang menjaga keselamatan. Contohnya di Kajang, di hadapan Metro Kajang terdapat sebuah van bersama polis yang menjaga kawasan tersebut jika berlaku apa-apa masalah.
Kawalan penyakit berjangkit dan pencegahan denggi pada tahap efisien. Namun, terdapat responden yang memberitahu bahawa pihak hanya ambil tindakan susulan selepas terjadinya sesuatu kes. Mereka mengharapkan pihak berkuasa membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali sebulan supaya menjamin tahap kesihatan penduduk. Salah seorang responden yang kami temui menceritakan bahawa rumah jirannya pernah dimasuki oleh pencuri dan tempoh pihak polis sampai ke tempat kejadian mengambil masa selama satu jam dan membolehkan pencuri melarikan diri. Responden ini tidak berpuas hati dengan kecekapan pihak polis dalam menangani masalah ini.
































































0 comments: