Governans
Keseluruhan responden berpendapat governans pada tahap efisien. Ini terbukti dengan setiap pandangan responden. Namun begitu majoriti responden tidak mengetahui apa itu Program Agenda 21 disebabkan kurangnya penerapan tentang program ini. Program ini adalah program pembangunan mampan dan pembangunan lestari yang ingin dibangunkan oleh Negara kita. Pembangunan kawasan terbiar di kawasan ini menyebabkan responden kami memilih keefisienan program tersebut kerana mampu untuk memberi kemajuan pembangunan di kawasan ini. Responden juga tidak mengetahui tentang pusat sehenti pelaburan kerana tidak diberi pendedahan oleh pihak yang berkaitan. Di samping itu juga, mereka mengatakan pelaksanaan projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah efisien kerana kebanyakan kemudahan perumahan, perniagaan dan sebagainya telah disediakan dan membolehkan masyarakat untuk mendapatkannya. Apabila mereka berurusan dengan pihak berkuasa tempatan, layanan dan perkhidmatan yang diberikan adalah baik dan mreka mengatakan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja di Majlis Perbandaran Kajang adalah efisien.
Thursday, November 20, 2008
Bahagian B > Governans
Posted by diLa at 6:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment