CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Bahagian B > alam sekitar

Alam sekitar


Majoriti responden berpendapat bahawa kawasan yang mereka duduki adalah efisien dari sudut alam sekitar. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan keefisienan kawasan responden kurang efisien iaitu dari segi kualiti air sungai dan kawasan banjir dan mudah tenggelam. Hal ini kerana sungai pada hari ini telah tercemar dengan sisa-sisa sampah sarap ataupun sisa-sisa dari perkilangan. Air sungai menjadi keruh kerana terdapatnya pembangunan di kawasan sekitar sungai. Pembuangan sampah sarap oleh orang yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai menggalakkan lagi pencemaran. Kawasan tempat tinggal penduduk mudah mengalami banjir apabila hujan turun dengan lebat dan lama. Kawasan banjir dan mudah tenggelam kurang efisien kerana sesetengah kawasan mudah mengalami banjir walaupun hujan turun dengan sekejap dan dapat dilihat di Bandar Kajang sendiri kerap berlaku banjir.
Masalah banjir ini kerap berlaku di sebabkan sistem perparitan yang tidak diuruskan dengan baik. Di samping itu juga kepadatan aktiviti dan pembangunan yang ada di Bandar Kajang itu telah menyebabkan banjir mudah berlaku. Tiada lagi kawasan tadahan hujan yang boleh mengurangkan banjir kerana kebanyakan kawasan sudah dilitupi dengan tar dan jalan raya. Responden juga tidak mengetahui tentang pusat maklumat bencana untuk mendapatkan maklumat sekiranya berlaku sesuat bencana. Responden juga tidak didedahkan dengan program tersebut sehingga menyebabkan mereka tidak mengetahui kepentingan tentang maklumat bencana.








































































0 comments: