CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

BahagianD < Pengalaman berdepan dengan ketidak-efisenan bandar sepanjang 5 tahun lepas

Kebanyakan responden tidak memberikan jawapan tentang pengalamanmereka berdepan dengan ketidak-efisienan bandar. Namun secara ringkas berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden yang menjawab soalan di bahagian ini, masalah utama yang dialami oleh mereka ialah masalah banjir kilat yang sentiasa berlaku di bandar kajang di mana masalah ini sememangnya membebankan mereka dan seolah-olah masalah ini tidak pernah diambil perhatian kerana ianya masih di takuk yang sama.

Masalah kedua ialah masalah dalam mendapatkan tempat letak kenderaan di bandar kajang serta kesesakan yang semakin teruk. Ini kerana menurut responden yang ditemui, pembangunan yang dirancang di bandar Kajang, hanya memberi penumpuan di satu kawasan sahaja menyebabkan kawasan tersebut mengalami kesesakan yang agak teruk ditambah lagi dengan ketiadaan tempat parking yang secukupnya untuk menampung jumlah kenderaan.

Antara pendapat responden ialah seperti berikut:

>banjir kilat sejak dari tahun 2000 hingga sekarang di kajang
kesesakan lalulintas terutama hari minggu pada tiap-tiap tahun di kajang
>banjir kilat yang sentiasa berlaku di kajangkesesakan lalu lintas yang semakin teruk pada tahun semasa di kajang

0 comments: