CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Bahagian E> pandangan umum penduduk tentang keefisenan bandar

Pada soalan di bahagian terakhir ini, responden dikehendaki memberi pendapat mereka tentang tiga aspek bandar yang paling efisien, tiga aspek bandar yang tidak efisien dan ulasan mereka berkenaan dengan keseluruhan keefisienan bandar.

Antara pandangan responden berkenaan aspek bandar yang efisien ialah mempunyai kemudahan yang lengkap, kebersihan perlu dijaga, kemudahan awam cukup, kemudahan pendidikan yang lengkap dan aspek keselamatan yang turut diberi perhatian. Jawapan yang diberikan oleh responden kebanyakannya hampir sama dan secara ringkasnya bandar yang efisien ialah maju dari segala aspek. Aspek yang dimaksudkan ialah pengangkutan, pendidikan, keselamatan, infrastruktur, kemudahan awam dan peranan pihak berkuasa sendiri yang perlu cekap menangani masalah seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
Seterusnya ialah pendapat responden tentang aspek bandar yang tidak efisien. Antara jawapan yang diberikan oleh mereka ialah pengangkutan awam tidak efisien, kesesakan lalu lintas, pembentungan yang tidak sistematik dan kebersihan tidak dijaga. Secara keseluruhannya, aspek bandar yang tidak efisien ini berlawanan dengan aspek bandar yang efisien. Aspek-aspek yang dimaksudkan juga adalah sama seperti aspek bandar yang efisien.
Soalan terakhir di bahagian ini ialah ulasan keseluruhan responden mengenai keefisienan bandar. Rata-rata responden memberi komen berkenaan aspek yang tidak memuaskan di tempat tinggal masing-masing. Antara pendapat yang diberikan ialah; kajang berada di tahap yang sederhana tapi dari segi pelancongan perlu dipromosikan, kajang kurang efisien. banyak kemudahan tetapi terlalu padat, semenyih perlu menambah jumlah bank, menambahkan masa perkhidmatan pengangkutan awam dan polis trafik perlu menjalankan tugas pada hujung minggu. Komen lain yang turut diberikan ialah mengenai kesesakan jalan raya yang teruk, pengangkutan/perkhidmatan awam tidak cekap dan kemudahan infrastruktur tidak mencukupi.

0 comments: