CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 17, 2008

Pasar pagi bawa masalah

GANGGUAN... Keadaan di pasar pagi yang menjadi punca
kepada masalah kekotoran, lalat dan kekurangan tempat
letak kereta bagi penduduk Taman Taming Jaya, Balakong.


CHERAS 30 Julai - Penduduk rumah pangsa Taman Taming Jaya di Balakong dekat sini meminta pihak berkuasa memantau operasi pasar pagi di taman itu yang menyumbang kepada masalah kekotoran di situ.dan mengakibatkan kawasan itu kekurangan tempat letak kereta.
Penduduk terutama orang Melayu juga meminta pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memantau tindakan beberapa peniaga yang menjual daging babi secara terbuka di pasar pagi itu. menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk.
Ia kerana kesemua peniaga pasar pagi terbabit dikatakan mempunyai permit berniaga sementara yang dikeluarkan sebulan sekali oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) walaupun mereka berniaga di atas lot tempat meletak kenderaan milik penduduk Flat Taman Taming Jaya.

Taman Serosa perlu sokongan pembeli (2006)


KAJANG 3 Jan. - Beberapa pembeli rumah terbengkalai di Taman Serosa di sini menggesa 108 rakan pembeli di situ supaya tampil untuk menandatangani surat perjanjian dengan pemaju baru yang bersetuju bagi meneruskan projek tersebut sebelum 15 Januari ini.Projek perumahan di tanah seluas kira-kira 3.15 hektar itu dimulakan pada Disember 1998 merangkumi 240 rumah kos sederhana, 63 unit teres dua tingkat dan 110 unit rumah kos rendah.Daripada 413 unit kediaman di situ, 108 daripadanya telah dijual kepada pembeli yang menandatangani perjanjian antara tempoh 1998 hingga 2000.Projek yang dijangka siap pada 2001 itu bagaimanapun terus terbengkalai sehingga kini malah sebahagiannya langsung tidak sempat dibina.


Tuesday, September 16, 2008

Majlis Perbandaran Kajang



Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj)






Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

MISI
Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisyen selaras dengan wawasan 2020 berpaksikan tonggak 12


VISI
Menjadikan perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul.

OBJEKTIF
Majlis Perbandaran Kajang komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan perbandaran yang efisyen, berkualiti, bertanggungjawab bagi memastikan kepuasan pelanggan. Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisyen selaras dengan wawasan 2020 berpaksikan 'Tonggak 10'. Menjadikan Kajang sebagai perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul.



lokasi Majlis Perbandarn Kajang

Majlis Perbandaran Kajang mempunyai kawasan pentadbiran seluas 78,761 hektar(787.61 km persegi). Ia merangkumi keseluruhan Daerah Hulu Langat iaitu Mukim Kajang, Cheras, Semenyih, Beranang, Hulu Langat dan Hulu Semenyih kecuali Mukim Ampang.

















Sumber : Bancian Penduduk 2000
Anggaran penduduk tahun 2003 : 561,593


Mukim Jum. Penduduk
Kajang 229,655
Cheras 163,550
Semenyih 49,076
Beranang 14,071
Hulu Langat 3,408
Hulu Semenyih 46,766
JUMLAH 506,526

Kajang mempunyai jumlah penduduk seramai 189,400 orang (sehingga 2001).

Jadual 3.4: Pertumbuhan Penduduk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Tahun 1991 - 218,645
2000 - 315,263
2005 - 348,076


Di Mukim Semenyih , ada 11 kampung Melayu dan 4 kampung baru Cina di Mukim Hulu Semenyih

Pada tahun 1990 bilangan penduduk Semenyih seperti berikut :
Melayu: 18,402 orang
Cina: 11,603 orang
India: 5,840 orang

Anggaran penduduk Semenyih 2005 yang dilaporkan oleh Majlis Perbandar Kajang seperti berikut :
Hulu Semenyih: 3,408 orang
Semenyih: 49,076 orang
Mukim Beranang: 163,560 orang.




Saturday, September 13, 2008

JoM jAlaN-JaLaN.....

SATE ..semua orang suka makan...

Kajang terkenal dengan hidangan satenya iaitu di Restoran Haji Samuri yang menyediakan pelbagai jenis satay.Haji Samuri telah membuka 2o cawangan dan mempunyai 800 orang pekerja. Menawarkan pelbagai jenis sate iaitu sate daging, ayam, dan banyak lagi. Harga bagi setiap sate sekitar Rm o.60 untuk satu cucuk sate. Sate dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi impit. Keenakan kuah kacang dan satenya membuatkan ramai pelanggan untuk datang ke restoran ini.


Hutan Lipur Sungai Congkak terletak di Hutan Simpan Hulu Langat yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini mempunyai sungai yang cantik dan air jernih mengalir dalam kawasan hutan lipur ini. Disepanjang sungai ini terdapat air terjun dan kolam mandi.


Antara kemudahan asas yang terdapat di sini ialah tapak perkhemahan, tapak perkelahan, chalet, padang permainan, astaka dan pondok rehat, medan selera, pentas dan dewan terbuka, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya.Pengunjung juga boleh mendaki bahagian tertinggi di hutan lipur tersebut iaitu Bukit Chenuang setinggi lebih kurang 850 meter dari aras muka laut.

Sejarah dan asal usul Kajang


Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India. Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang melayu. Orang cina tinggal secara berselerak di sekitar bandar Kajang. Manakala kawasan ladang getah didiami oleh orang berketurunan india.


Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan inilah merupakan tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang. Masyarakat Melayu Tradisional gemar meneroka tempat kediaman di lembah-lembah sungai iaitu di lembangan terutamanya di lembah Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Lukut. Sebenarnya pengertian Selangor bermakna Tanah Lembangan Lima Bintang Sungai-sungai tersebut. Pada waktu itu sungai menjadi jalan perhubungan untuk keluar masuk bagi satu-satu kawasan penempatan. Lembah sungai ini sangat subur untuk bercucuk tanam dan ia sesuai dengan petani-petani yang bergantung hidup kepada tanah dan mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan.Kewujudan pekan Kajang juga bertitik tolak daripada faktor-faktor ini.


Terdapat beberapa cerita lisan berkenaan dengan penerokaan awal pekan Kajang dan kawasan sekitarnya. Menurut orang-orang tua, Kajang dan kawasan sekitarnya sebelum didatangi peneroka-peneroka dari luar adalah merupakan kawasan kediaman orang-orang asli dari Suku Temuan. Menurut seorang pengkaji sejarah tempatan En. Shahabudin Ahmad, Kajang telah diterokai pada tahun 1709 oleh orang-orang asli yang berpusat di Klang. Pada waktu itu Klang diperintah oleh orang-orang asli yang ketuanya dipanggil Batin Seri Alam. Ketua ini mentadbir di Klang kerana ketika itu hutan ini adalah pusat pentadbiran bagi orang-orang asli. Klang mempunyai jajahannya yang tersendiri yang ditadbirkan oleh 3 orang anak kepada Batin Seri Alam.

Tuesday, September 2, 2008

Definisi urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandaraya.

Konsep urbanisasi / pembandaran meliputi empat aspek berikut :

 Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar.
Contoh di Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika
mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang.

 Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan,
kawasan tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan
pertambahan fungsi bandar.

 Pembandaran ditakrifkan sebagai pembagunan struktur dan tradisional
(pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan
perkhidmatan.

 Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup
bandar yang lebih moden.


Pembandaran juga merujuk kepada satu proses pembinaan dan pertumbuhan sesebuah bandar. Ini merujuk kepada pertambahan penduduk hasil daripada perkembangan dalaman dan migrasi dan juga perkembangan ruang bandar. Urbanisasi juga merujuk kepada peningkatan pengeluaran bandar dari aspek industri samaada perindustrian atau pertanian hasil dari kemasukkan ramai penduduk ke bandar yang memberi peluang kepada peningkatan produktiviti bandar.

Hasil daripada pembandaran ini, sesebuah bandar itu menjadi pusat tumpuan kepada
pelbagai aktiviti seperti pusat pentadbiran, komersial, perbankan dan perumahan.
Keadaan ini menyebabkan pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai
dan mencukupi bagi menampung pemintaan terhadap aktiviti yang dijalankan di bandar.
Keadaan ini menyebakan kawasan bandar menerima pelbagai kemudahan berbanding
keadaan di luar bandar

Kebanyakan bandar di sesebuah negara akan mengalami dua tahap iaitu
pembangunan dan mengalami proses pembandaran. Di peringkat awal, sesebuah kawasan itu akan mengalami proses pembangunan yang mana peringkat ini sesebuah kawasan itu cuba meningkatkan ekonomi dan struktur sosial. Jika dilihat dari sejarah awal perkembangan sesebuah bandar, faktor pedagangan dan perindustrian banyak memainkan peranan di dalam pembangunan sesebuah bandar.


Pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan pembadaran bandar ini. Keadaan ini lebih merujuk kepada fanomena globalisasi yang melanda dunia abad ini. Globalisasi merujuk kepada pergerakkan bebas modal, buruh, maklumat dan teknologi. Di dalam proses pembandaran, perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan dan dibangunkan dari segi infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan perumahan didalam menampung aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kemudahan-kemudahan perlu disediakan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelaburan. Bandar di sesebuah negara akan menjadi pusat aktiviti kepada segala aktiviti perniagaan dan perkhidmatan bukan sahaja bagi negara tersebut malah diperingkat global. Fenomena globalisasi memain peranan yang kuat didalam proses peningkatan pembandaran sesebuah bandar didalam memenuhi keperluan dan kehendak kemudahan semasa baik dari segi pelaburan dan masyarakat bandar itu sendiri.