CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Bahagian B > perumahan

Perumahan

Pembinaan perumahan yang banyak pada hari ini menggambarkan bahawa permintaan penduduk terhadap perumahan amat menggalakkan dan penawaran yang dibuat oleh pihak berkuasa juga menggalakkan. Penawaran perumahan pelbagai jenis menggambarkan bahawa pihak kontraktor yang membina rumah ini mementingkan pengguna kerana mampu menyediakan perumahan berdasarkan pendapatan isi rumah. Hal ini kerana terdapatnya penawaran jenis rumah mengikut jenis iaitu perumahan kos rendah, sederhana , dan mewah. Semua penduduk boleh membeli rumah berdasarkan pendapat mereka.
Kemudahan masyarakat yang lengkap di kawasan perumahan menggalakkan lagi pembinaan perumahan. Namun begitu, sistem perparitan yang kurang efisien menyebabkan berlakunya masalah banjir dan penyakit berjangkit yang bahaya kepada penduduk. Harga rumah yang mahal di kawasan Bandar menyebabkan responden tidak berpuas hati kerana pendapatan mereka tidak mampu untuk membeli rumah tersebut. Rata-rata responden mempunyai pendapat yang sederhana berbading harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal. Walaupun begitu ada juga di sesetengah kawasan yang mempunyai harga rumah yang tidak mahal relatif dengan pendapatan mereka.

























































0 comments: