Thursday, November 20, 2008
kajian keefisenan bandar..
Posted by diLa at 7:35 AM 0 comments
Bahagian A > Latar belakang responden
Kajian yang kami lakukan adalah di Bandar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi yang meliputi 45 responden iaitu 29 lelaki dan 16 responden perempuan dan purata umur keseluruhan responden ialah dari umur 17 tahun sehingga umur 66 tahun. Di samping itu juga responden Melayu ialah 17 orang (37.8%), Cina ialah 15 orang (33.3%),India ialah 11 orang (24.4%) dan kaum lain ialah 2 orang ( 4.4%). Tempoh responden tinggal di tempat kediaman mereka dari linkungan 1 tahun sehinggalah 66 tahun. Dalam aspek tempat tinggal semasa yang di lakukan kajian ini, kami mendapatkan responden yang tinggal di daerah kajang mengikut pecahan bandar iaitu seramai 23 orang di bandar kajang, 14 orang di semenyih dan 8 orang di kawasan bangi.
Negeri Asal
Rata-rata responden yang terlibat merupakan penduduk yang sememangnya berasal dari negeri Selangor sendiri iaitu sebanyak 57.8% iaitu melebihi separuh dari jumlah keseluruhan responden.
Pekerjaan responden meliputi pekerjaan seperti kerani, bekerja sendiri, pekerja kilang, promoter,pemandu teksi, pengurus cawangan dan sebagainya yang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Kebanyakan responden bekerja dekat dengan tempat tinggal mereka yang memudahkan mereka untuk berulang alik daripada rumah.
Posted by diLa at 7:29 AM 0 comments
Bahagian B > ekonomi bandar
Dalam bahagian B terdapat 13 aspek yang meliputi keefisenan Majlis perbandaran Kajang terhadap kawasannya serta pandangan masyarakat tentang keefisenan sesebuah Bandar di tempat tinggal mereka.
Ekonomi bandar
Pelbagai aspek kemudahan Bandar iaitu dari segi ekonomi Bandar yang meliputi banyak kemudahan untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden mengatakan bahawa dalam kemudahan yang disediakan termasuklah pendidikan, bank, kewangan dan insurans, komunikasi ict, pembinaan, pembangunan hartanah dan sebagainya adalah efisien. Ini kerana kebanyakan responden mengatakan kemudahan ini mudah di dapati dan mencukupi di kawasan tempat tinggal mereka. Ini termasuklah kemudahan pendidikan iaitu sekolah dan pusat pendidikan di ketiga-tiga bandar ini mencukupi untuk anak-anak mereka yang mana ia penting terutama masa depan mereka.
Seorang responden India mengatakan bahawa beliau yang kini sedang belajar di Kolej swsta mengatakan pusat-pusat pendidikan dan latihan dan swasta yang banyak telah memudahkan mereka mendapatkan pendidikan kerana tanpa perlu pergi ke tempat yang lebih jauh dari tempat tinggal mereka. Di samping itu, daripada hasil temubual kami dengan pelajar, mereka mengatakan selepas tamat sesi persekolahan, mereka akan pergi ke pusat tusyen . Ini menunjukkan terdapat banyak pusat tusyen swasta yang memberikan pendidikan kepada pelajar.
Oleh itu, pihak majllis perbandaran perlu meneliti perkara ini serta mengambil langkah untuk memperkembangkan sektor pelancongan. Perhotelan juga dikatakan kurang efisien kerana didapati perkhidmatan perhotelan yang ada di bandar kajian masih kurang dan rancangan MPKj untuk membina hotel perlulah bersesuaian dengan tempat yang ingin dibina supaya tiada masalah yang boleh menimbulkan ketidakpuashatian masyarkat.
Posted by diLa at 7:25 AM 0 comments
Bahagian B > utiliti
Utiliti
Seterusnya dalam kajian penyelidikan turut meliputi bahagian utiliti termasuklah kemudahan pendidikan meliputi tabika, sekolah rendah dan menengah dan kemudahan sekolah antarabangsa. Ketiga-tiga jenis pendidikan khususnya tabika dan sekolah rendah dan menengah ada dibina dalam ketiga-tiga bandar ini kerana pendidikan adalah penting dalam menjamin masa hadapan. Selain itu, dapat dilihat kemudahan kesihatan swasta juga adalah efisien kerana wujud pusat kesihatan swasta yang banyak dalam menjaga masyarakatnya daripada sebarang penyakit.
Posted by diLa at 7:19 AM 0 comments
Bahagian B > infrastruktur
Infrastruktur
Daripada hasil keseluruhan maklum balas daripada responden mengenai infrastruktur adalah efisien dimana dapat dilihat infrastruktur bekalan air, elektrik,balai bomba, jaringan jalan raya, rangkaian telekomunikasi ict dan sebagainya adalah efisien . Walaupun keseluruhan infrastruktur bagi bekalan air adalah mencukupi di kebanyakan kawasan kajian, tetapi masalah bekalan air ini berlaku di Bandar Baru Bangi. Menurut seorang responden, taman perumahan di tempat tinggal beliau sering mengalami masalah ketiadaan air yang disebabkan oleh proses kerja pembaikan bekalan paip air yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Perkara meyebabkan mereka tidak berpuas hati disebabkan proses kerja pembaikan paip mengambil masa yang lama dan sekaligus telah mengganggu kerja harian mereka yang perlu menggunakan air untuk pelbagai kegiatan harian.
Posted by diLa at 7:10 AM 0 comments
Bahagian B > imej bandar
Imej bandar Manakala dalam memperlihatkan pandangan responden mengenai imej Bandar yang talah menjadi kawasan kajian kami ialah keseluruhan hasil maklum balas responden mengenai keseluruhan imej Bandar adalah efisien. Ini dapat dilihat melalui reka bentuk bangunan, hotel dan pusat membeli belah, kawasan lapang dan hijau, aksesbiliti kemudahan bangunan dan sebagainya. Melalui reka bantuk bangunan pusat membeli belah di Bandar Kajang adalah efisien iaitu dapat dilihat melalui pembinaan pusat membeli belah baru iaitu Metro point yang mana reka bentuk bangunan yang baru dan warnanya yang cantk serta bangunan lain yang berada di sekitarnya yang secara tidak langsung telah menyebabkan masyarakat yang berada di sekitar Bandar Kajang ini datang untuk membeli barang di kawsan ini.
Dari segi keseluruhan dalam kawalan kebersihan di ketiga-tiga Bandar adalah efisien tetapi perbezaan efisien dan kurang efisien untuk pendapat responden mengenai kawalan kebersihan hanya sedikit perbezaan sahaja. Ini kerana ada sesetengah tempat juga kurang di jaga kawalan kebersihannya. Menurut responden, kawasan taman perumahannya juga kurang dijaga kebersihannya yang mana tempat membuang sampah yang tidak terurus serta sikap masyarakat yang membuang sampah tanpa perlu menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka.
Posted by diLa at 6:48 AM 0 comments
Bahagian B > pengangkutan
Pengangkutan Sistem pengangkutan jalan raya adalah penting dalam memudahkan seseorang itu untuk pergi ke seseuatu tempat. Begitu juga jika dilihat dalam konteks pengangkutan di kawasan kajian iaitu bandar semenyih, Kajang dan Bandar Baru Bangi. Kebanyakan responden mengatakan kemudahan pengangkutan antara bandar, sistem pengangkutan dalam bandar serta lebuhraya dan rangkaian adalah efisien. Kebanyakan responden mengatakan bahawa pengangkutan termasuklah bas dan teksi mudah didapati di kawasan mereka.
Kemudahan stesen bas dan teksi yang banyak di ketiga-tiga Bandar memperlihatkan keefisenan Majlis Perbandaran Kajang dalam menyediakan kemudahan untuk masyarakat. Kemudahan lapangan terbang dan sistem pengangkutan udara serta pelabuhan, pengangkutan kargo dan kapal persiaran di kawasan kajian adalah kurang dan kebanyakan responden memberi pendapat tiada komen dalam kemudahan pengangkutan ini kerana di tempat mereka tiada pengangkutan dan kemudahan seperti ini.
Posted by diLa at 6:44 AM 2 comments
Bahagian B > perdagangan
Perdagangan Seterusnya dalam bahagian perdagangan hasil keseluruhan analisis mendapati bahawa secara keseluruhannya mendapati bahawa perdagangan di Bandar Kajang, bandar Baru Bangi dan Semenyih adalah efisien. Ia meliputi pusat membeli belah, kedai perabot,pasar, medan selera, perbankan, perkhidmatan insurans, stesen minyak, pusat servis kenderaan dan sebagainya adalah efisien. Bagi mereka kemudahan yang dinyatakan diatas mudah di dapati dan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka.
Posted by diLa at 6:42 AM 0 comments
Bahagian B > perkilangan dan perindustrian
Perkilangan dan perindustrian
Majoriti responden mengatakan perkilangan dan perindustrian sebagai efisien. Hal ini kerana banyak pembinaan kilang untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan penduduk dari negeri lain untuk bekerja. Kebanyakan kilang tertumpu kepada Bandar Bangi kerana kawasan ini dikenali sebagai kawasan perindustrian. Pembangunan industri perkhidmatan membuka peluang kepada penduduk tempatan dan penduduk yang datang ke kawasan ini untuk bekerja. Pengambilan tenaga kerja yang ramai menggalakkan lagi tumpuan penduduk untuk bekerja di kawasan perkilangan.
Posted by diLa at 6:39 AM 0 comments
Bahagian B > pelancongan dan budaya
Pelancongan dan budaya
Responden yang telah kami temui di ketiga-tiga bandar menyatakan bahawa pelancongan dan budaya di kawasan kajian kurang efisien. Kawasan pelancongan yang kurang menyebabkan kawasan tiada daya tarikan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi. Kawasan pelancongan yang ada kurang dikenali ramai dan hanya diketahui oleh sebilangan penduduk. Kawasan tersebut kurang promosi menyebabkan kawasan pelancongan yang mampu menarik pelancong supaya melancong di kawasan tersebut tiada. Kajang hanya dikenali oleh pelancong kerana terdapatnya makanan satay yang terkenal di Malaysia. Satay Hj Shamuri sangat terkenal di Kajang dan merupakan produk pelancongan yang berjaya menarik pelancong untuk datang ke Kajang.
Posted by diLa at 6:36 AM 0 comments