CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 2, 2008

Definisi urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandaraya.

Konsep urbanisasi / pembandaran meliputi empat aspek berikut :

 Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar.
Contoh di Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika
mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang.

 Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan,
kawasan tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan
pertambahan fungsi bandar.

 Pembandaran ditakrifkan sebagai pembagunan struktur dan tradisional
(pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan
perkhidmatan.

 Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup
bandar yang lebih moden.


Pembandaran juga merujuk kepada satu proses pembinaan dan pertumbuhan sesebuah bandar. Ini merujuk kepada pertambahan penduduk hasil daripada perkembangan dalaman dan migrasi dan juga perkembangan ruang bandar. Urbanisasi juga merujuk kepada peningkatan pengeluaran bandar dari aspek industri samaada perindustrian atau pertanian hasil dari kemasukkan ramai penduduk ke bandar yang memberi peluang kepada peningkatan produktiviti bandar.

Hasil daripada pembandaran ini, sesebuah bandar itu menjadi pusat tumpuan kepada
pelbagai aktiviti seperti pusat pentadbiran, komersial, perbankan dan perumahan.
Keadaan ini menyebabkan pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai
dan mencukupi bagi menampung pemintaan terhadap aktiviti yang dijalankan di bandar.
Keadaan ini menyebakan kawasan bandar menerima pelbagai kemudahan berbanding
keadaan di luar bandar

Kebanyakan bandar di sesebuah negara akan mengalami dua tahap iaitu
pembangunan dan mengalami proses pembandaran. Di peringkat awal, sesebuah kawasan itu akan mengalami proses pembangunan yang mana peringkat ini sesebuah kawasan itu cuba meningkatkan ekonomi dan struktur sosial. Jika dilihat dari sejarah awal perkembangan sesebuah bandar, faktor pedagangan dan perindustrian banyak memainkan peranan di dalam pembangunan sesebuah bandar.


Pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan pembadaran bandar ini. Keadaan ini lebih merujuk kepada fanomena globalisasi yang melanda dunia abad ini. Globalisasi merujuk kepada pergerakkan bebas modal, buruh, maklumat dan teknologi. Di dalam proses pembandaran, perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan dan dibangunkan dari segi infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan perumahan didalam menampung aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kemudahan-kemudahan perlu disediakan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelaburan. Bandar di sesebuah negara akan menjadi pusat aktiviti kepada segala aktiviti perniagaan dan perkhidmatan bukan sahaja bagi negara tersebut malah diperingkat global. Fenomena globalisasi memain peranan yang kuat didalam proses peningkatan pembandaran sesebuah bandar didalam memenuhi keperluan dan kehendak kemudahan semasa baik dari segi pelaburan dan masyarakat bandar itu sendiri.

2 comments:

Unknown said...

menarik.
em, maaf. minta izin utk ambil entry ni sebagai rujukan utk task.
credit. TQ!
btw, bole view blog saya klu nak share more about urban planning !
mohamadhafizyaacob.blogspot.com

Za said...

Wow sangat bagus