Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India. Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang melayu. Orang cina tinggal secara berselerak di sekitar bandar Kajang. Manakala kawasan ladang getah didiami oleh orang berketurunan india.
Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan inilah merupakan tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang. Masyarakat Melayu Tradisional gemar meneroka tempat kediaman di lembah-lembah sungai iaitu di lembangan terutamanya di lembah Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Lukut. Sebenarnya pengertian Selangor bermakna Tanah Lembangan Lima Bintang Sungai-sungai tersebut. Pada waktu itu sungai menjadi jalan perhubungan untuk keluar masuk bagi satu-satu kawasan penempatan. Lembah sungai ini sangat subur untuk bercucuk tanam dan ia sesuai dengan petani-petani yang bergantung hidup kepada tanah dan mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan.Kewujudan pekan Kajang juga bertitik tolak daripada faktor-faktor ini.
Terdapat beberapa cerita lisan berkenaan dengan penerokaan awal pekan Kajang dan kawasan sekitarnya. Menurut orang-orang tua, Kajang dan kawasan sekitarnya sebelum didatangi peneroka-peneroka dari luar adalah merupakan kawasan kediaman orang-orang asli dari Suku Temuan. Menurut seorang pengkaji sejarah tempatan En. Shahabudin Ahmad, Kajang telah diterokai pada tahun 1709 oleh orang-orang asli yang berpusat di Klang. Pada waktu itu Klang diperintah oleh orang-orang asli yang ketuanya dipanggil Batin Seri Alam. Ketua ini mentadbir di Klang kerana ketika itu hutan ini adalah pusat pentadbiran bagi orang-orang asli. Klang mempunyai jajahannya yang tersendiri yang ditadbirkan oleh 3 orang anak kepada Batin Seri Alam.
Saturday, September 13, 2008
Sejarah dan asal usul Kajang
Posted by diLa at 8:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment