CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 10, 2008

Parkir kurang - september 2008

Penduduk minta MPKj atasi segera, punca bandar Kajang Sesak



Harian Metro

Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kajang: Sesak dan menyesakkan! Begitulah keadaan kenderaan yang terpaksa diletakkan secara double parking berikutan kekurangan tempat letak kereta di sekitar bandar ini. masalah kekurangan tempat letak kereta begitu sinonim dengan penduduk kawasan sekitar yang mendakwa kesulitan itu sudah berlarutan lama, namun tidak ada sebarang penyelesaian positif dilihat untuk menangani isu berkenaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati petak parkir yang di sediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak mencukupi sehingga menyebabkan pemandu mengambil jalan pintas meletak kereta mereka sesuka hati di bahu jalan. orang ramai yang ditemui kesal dengan kejadian itu dan meminta MPKj mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah berkenaan.
Pekerja swasta, Alina Ali,28 berkata masalah kekurangan tempat meletak kenderaan dapat dilihat dengan jelas di beberapa tempat terutama kawasan berhampiran pusat bandar Kajang. Menurutnya, dia pernah beberapa kali di saman kerana meletak kereta di tempat yang tidak sepatutnya tapi mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana kekurangan tempat letak kereta.Jadi mereka berharap pihak bertanggungjawab mencari jlan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini, katanya.
" Kadangkala, saya terpaksa membuang masa hampir sejam untuk mencari tempat parkir walaupun hanya ingin berurusan sekejap saja di bank berdekatan. " kalau nasi tidak baik, kena saman pula dengan MPKj.
Peniaga, Abdul Rahman Mat Yusof,45 berkata masalah terbabit semakin teruk apabila hari bekerja kerana kebanyakan pekerja terpaksa berebut sendiri untuk mendapatkan tempat letak kereta.