CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

kajian keefisenan bandar..

Kajian yang kami lakukan adalah untuk mengetahui keefisenan pentadbiran di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. kami memilih 3 bandar untuk kajian ini ialah Bandar Baru Bangi, Bandar Kajang dan Bandar Semenyih. Saya bersama ahli kumpulan menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan kerjasama responden dalam kajian ini dan akhirnya kami dapat menyiapkan kerja penyelidikan ini. Selepas menyelesaikan borang soal selidik, kami menganalisis kajian yang kami lakukan dengan menggunakan SPSS. Kami memasukkan data-data yang telah diperolehi daripada kawasan kajian ke dalam SPSS. Bahagian seterusnya adalah hasil kajian yang telah kami lakukan.

Bahagian A > Latar belakang responden

Kajian yang kami lakukan adalah di Bandar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi yang meliputi 45 responden iaitu 29 lelaki dan 16 responden perempuan dan purata umur keseluruhan responden ialah dari umur 17 tahun sehingga umur 66 tahun. Di samping itu juga responden Melayu ialah 17 orang (37.8%), Cina ialah 15 orang (33.3%),India ialah 11 orang (24.4%) dan kaum lain ialah 2 orang ( 4.4%). Tempoh responden tinggal di tempat kediaman mereka dari linkungan 1 tahun sehinggalah 66 tahun. Dalam aspek tempat tinggal semasa yang di lakukan kajian ini, kami mendapatkan responden yang tinggal di daerah kajang mengikut pecahan bandar iaitu seramai 23 orang di bandar kajang, 14 orang di semenyih dan 8 orang di kawasan bangi.


Negeri Asal
Rata-rata responden yang terlibat merupakan penduduk yang sememangnya berasal dari negeri Selangor sendiri iaitu sebanyak 57.8% iaitu melebihi separuh dari jumlah keseluruhan responden.


Bagi tahap pendidikan dalam kalangan responden pula, terdapat 3 orang responden yang tidak bersekolah iaitu mewakili 6.7% daripada jumlah keseluruhan responden. 8 orang (17.8%) mendapat pendidikan sehingga ke peringkat PMR, 19 orang (42.2%) SPM dan 4 orang (8.9%) sehingga peringkat STPM. Manakala responden yang mempunyai tahap pendidikan Diploma adalah seramai 7 orang atau 15.6% dari keseluruhan, peringkat Ijazah Pertama 3 orang (6.7%), dan lain-lain 1 orang (2.2%).


Secara keseluruhannya, responden kami terdiri daripada mereka yang mendapat tahap pendidikan sehingga peringkat SPM dan bagi mereka yang tidak bersekolah/sekolah rendah adalah terdiri daripada responden yang telah berumur.
Pekerjaan responden meliputi pekerjaan seperti kerani, bekerja sendiri, pekerja kilang, promoter,pemandu teksi, pengurus cawangan dan sebagainya yang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Kebanyakan responden bekerja dekat dengan tempat tinggal mereka yang memudahkan mereka untuk berulang alik daripada rumah.








Bahagian B > ekonomi bandar

Dalam bahagian B terdapat 13 aspek yang meliputi keefisenan Majlis perbandaran Kajang terhadap kawasannya serta pandangan masyarakat tentang keefisenan sesebuah Bandar di tempat tinggal mereka.
Ekonomi bandar

Pelbagai aspek kemudahan Bandar iaitu dari segi ekonomi Bandar yang meliputi banyak kemudahan untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, kebanyakan responden mengatakan bahawa dalam kemudahan yang disediakan termasuklah pendidikan, bank, kewangan dan insurans, komunikasi ict, pembinaan, pembangunan hartanah dan sebagainya adalah efisien. Ini kerana kebanyakan responden mengatakan kemudahan ini mudah di dapati dan mencukupi di kawasan tempat tinggal mereka. Ini termasuklah kemudahan pendidikan iaitu sekolah dan pusat pendidikan di ketiga-tiga bandar ini mencukupi untuk anak-anak mereka yang mana ia penting terutama masa depan mereka.

Seorang responden India mengatakan bahawa beliau yang kini sedang belajar di Kolej swsta mengatakan pusat-pusat pendidikan dan latihan dan swasta yang banyak telah memudahkan mereka mendapatkan pendidikan kerana tanpa perlu pergi ke tempat yang lebih jauh dari tempat tinggal mereka. Di samping itu, daripada hasil temubual kami dengan pelajar, mereka mengatakan selepas tamat sesi persekolahan, mereka akan pergi ke pusat tusyen . Ini menunjukkan terdapat banyak pusat tusyen swasta yang memberikan pendidikan kepada pelajar.





Manakala dari segi komunikasi juga efisyen iaitu dapat dilihat wujudnya banyak cybercafé, kedai komputer malah ada sesetengah restoran telah memasang kemudahan wi-fi untuk pelanggan mereka yang datang ke kedai mereka dan memperlihatkan jaringan komunikasi kini kian meningkat mengikut peredaran semasa. Selain itu dari segi pembinaan juga adalah efisyen kerana di Bandar Kajang khususnya terdapat pusat membeli belah yang banyak yang di bina untuk kemudahan masyarakat yang dulunya hanya Metro Kajang tetapi kini telah dibina Metro point yang terletak tidak jauh dripada situ. Selain itu kemudahan pengangkutan termasuklah bas dan teksi yang banyak memudahkan mereka untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.




Antara bahagian yang kurang efisyen termasuklah sektor perhotelan, pelancongan dan hiburan. Hasil daripada maklum balas responden mengatakan bahawa sektor pelancongan di Bandar mereka promosi yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang sangat kurang . Ini kerana apabila ditanya apakah tempat pelancongan yang ada dikawasan mereka, responden juga tidak pasti apakah daya tarikan pelancongan yang ada di tempat mereka. Di bandar semenyih terdapat kawasan rekreasi air terjun tetapi menurut responden kawasan air terjun di tempat itu kurang di jaga kebersihannya yang mana kawasan itu adalah kawasan untuk pengunjung luar datang untuk berekreasi.


Oleh itu, pihak majllis perbandaran perlu meneliti perkara ini serta mengambil langkah untuk memperkembangkan sektor pelancongan. Perhotelan juga dikatakan kurang efisien kerana didapati perkhidmatan perhotelan yang ada di bandar kajian masih kurang dan rancangan MPKj untuk membina hotel perlulah bersesuaian dengan tempat yang ingin dibina supaya tiada masalah yang boleh menimbulkan ketidakpuashatian masyarkat.










Bahagian B > utiliti

Utiliti

Seterusnya dalam kajian penyelidikan turut meliputi bahagian utiliti termasuklah kemudahan pendidikan meliputi tabika, sekolah rendah dan menengah dan kemudahan sekolah antarabangsa. Ketiga-tiga jenis pendidikan khususnya tabika dan sekolah rendah dan menengah ada dibina dalam ketiga-tiga bandar ini kerana pendidikan adalah penting dalam menjamin masa hadapan. Selain itu, dapat dilihat kemudahan kesihatan swasta juga adalah efisien kerana wujud pusat kesihatan swasta yang banyak dalam menjaga masyarakatnya daripada sebarang penyakit.




Disamping itu juga, kemudahan kawasan terbuka dan taman rekreasi serta kemudahan pusat riadah swasta adalah efisien menurut kebanyakan responden. Selain itu kemudahan tempat beribadat juga dikatakan efisien oleh mereka kerana kebanyakan tempat beribadat di kawasan tempat tinggal mereka adalah mencukupi dan setakat ini mereka berpuas hati. Selain itu kemudahan lain seperti pusat ict, stadium, perpustakaan awam, pasar, medan selera dan sebagainya adalah efisien. Disini dapat dilihat dalam ketiga-tiga Bandar ini adalah efisen yang mana penyediaan kemudahan oleh MPKj kepada ketiga-tiga bandar ini ini adalah menepati apa yang masyarakat inginkan.











Bahagian B > infrastruktur

Infrastruktur

Daripada hasil keseluruhan maklum balas daripada responden mengenai infrastruktur adalah efisien dimana dapat dilihat infrastruktur bekalan air, elektrik,balai bomba, jaringan jalan raya, rangkaian telekomunikasi ict dan sebagainya adalah efisien . Walaupun keseluruhan infrastruktur bagi bekalan air adalah mencukupi di kebanyakan kawasan kajian, tetapi masalah bekalan air ini berlaku di Bandar Baru Bangi. Menurut seorang responden, taman perumahan di tempat tinggal beliau sering mengalami masalah ketiadaan air yang disebabkan oleh proses kerja pembaikan bekalan paip air yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Perkara meyebabkan mereka tidak berpuas hati disebabkan proses kerja pembaikan paip mengambil masa yang lama dan sekaligus telah mengganggu kerja harian mereka yang perlu menggunakan air untuk pelbagai kegiatan harian.



Di samping itu juga sistem pelupusan pepejal dan kutipan sampah adalah efisien di kebanyakan tempat tetapi ada sesetengah tempat ini juga mengalami masalah kelambatan pengambilan sampah oleh pihak tertentu. Masalah sistem saliran, perparitan dan kawalan banjir adalah masalah yang sering berlaku di kawasan sekitar Bandar Kajang khususnya di Bandar Kajang itu sendiri . Kebanyakan responden mengatakan masalah sistem saliran dan kawalan banjir ini adalah kurang efisien. Menurut responden, di Bandar Kajang kerap berlaku banjir yang mana walaupun hujan yang lebat telah menyebabkan banjir walaupun dalam masa 2 jam. Ini dapat dibuktikan apabila Metro Kajang mengalami masalah yang sama apabila air hujan telah memasuki ruang tempat jual barangan dan menyebabkan terpaksa ditutup untuk beberapa hari. Ini dapat dilihat kepadatan aktiviti perniagaan telah menyebabkan tiada kawasan yang dapat menampung hjan yang lebat. Oleh itu, dalam membuat perancangan pembangunan, pihak Majlis Perbandaran Kajang perlu mengambil kira semua keadaan ini.






Selain itu masalah tempat meletak kereta juga adalah masalah yang terbesar yang berlaku di kebanyakan kawasan di bandar Kajang adalah kekurangan kawasan tempat meletak kenderaan adalah sedikit berbanding dengan jumlah kenderaan yang banyak. Menurut seorang responden Cina yang bekerja di Bandar Kajang itu menyatakan bahawa punca masalah kurangnya kawasan meletak kenderaan ini disebabkan kebanyakan masyarakat adalah bekerja di Bandar Kajang,oleh itumereka meletakkan kenderaan mereka seharian dan keadaan itulah yang menyebabkan kawasan parking kereta tidak mencukupi. Masalah ini telah pun disiarkan di dalam akhbar dan seorang daripada mereka yang menyatakan ketidakpuashatian apabila dia telah disaman oleh polis apabila telah telah meletakkan kenderaan di tempat yang salah kerana ketidakcukupan kwasan meletak kereta dan beliau terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk mencari kawasan parking walaupun ingin pergi ke satu tempat dalam tempoh yang sekejap sahaja.










Bahagian B > imej bandar

Imej bandar

Manakala dalam memperlihatkan pandangan responden mengenai imej Bandar yang talah menjadi kawasan kajian kami ialah keseluruhan hasil maklum balas responden mengenai keseluruhan imej Bandar adalah efisien. Ini dapat dilihat melalui reka bentuk bangunan, hotel dan pusat membeli belah, kawasan lapang dan hijau, aksesbiliti kemudahan bangunan dan sebagainya. Melalui reka bantuk bangunan pusat membeli belah di Bandar Kajang adalah efisien iaitu dapat dilihat melalui pembinaan pusat membeli belah baru iaitu Metro point yang mana reka bentuk bangunan yang baru dan warnanya yang cantk serta bangunan lain yang berada di sekitarnya yang secara tidak langsung telah menyebabkan masyarakat yang berada di sekitar Bandar Kajang ini datang untuk membeli barang di kawsan ini.
Menurut seorang responden beliau yang berasal dari Semenyih turut datang untuk membeli belah di Bandar Kajang kerana baginya kemudahan untuk mendapat barang di Bandar ini adalah mudah serta terdapat pelbagai jenis barang yang ditawarkan. Di samping itu juga pelajar UKM yang kebanyakannya turut membeli barang di kawasan ini yang bayak pelbagai jenis barang yang ditawarkan.






Manakala tempat sivik kebudayaan dan penggunaan kepelbagaian kebudayaan melayu, cina dan India juga didapati efisien. Selain itu dapat dilihat dari segi pemeliharan alam sekitar adalah berada di tahap yang efisien iaitu pihak Majlis Perbandaran Kajang telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ruang rehat serta ruang pejalan kaki adalah efisien iaitu kebanyakan kemudahan ini disediakan oelh pihak MPKj yang mana ruang pejalan kaki ini adalah penting khususnya keselamatan mereka yang kebanyakan responden bersetuju bahawa ruang pejalan kaki adalah penting dan perlu ada dalam sesuatu Bandar itu.



Pencahayaan malam di ketiga-tiga bandar adalah efisien iaitu kebanyakan kawasan mereka telah disediakan lampu jalan yang memudahkan mereka bergerak pada waktu malam. Ini kerana tanpa ada pencahayaan yang cukup boleh membahayakan keselamatan sesorang itu jika berada di kawasan yang gelap. Pencahayaan malam di Bandar-bandar utama juga penting dalam memperlihatkan keceriaan Bandar tersebut pada waktu malam. Selain itu juga terdapat banyak papan tanda dan billboard dilihat di kebanyakan kawasan.


Dari segi keseluruhan dalam kawalan kebersihan di ketiga-tiga Bandar adalah efisien tetapi perbezaan efisien dan kurang efisien untuk pendapat responden mengenai kawalan kebersihan hanya sedikit perbezaan sahaja. Ini kerana ada sesetengah tempat juga kurang di jaga kawalan kebersihannya. Menurut responden, kawasan taman perumahannya juga kurang dijaga kebersihannya yang mana tempat membuang sampah yang tidak terurus serta sikap masyarakat yang membuang sampah tanpa perlu menjaga kebersihan di kawasan perumahan mereka.


















































































Bahagian B > pengangkutan

Pengangkutan

Sistem pengangkutan jalan raya adalah penting dalam memudahkan seseorang itu untuk pergi ke seseuatu tempat. Begitu juga jika dilihat dalam konteks pengangkutan di kawasan kajian iaitu bandar semenyih, Kajang dan Bandar Baru Bangi. Kebanyakan responden mengatakan kemudahan pengangkutan antara bandar, sistem pengangkutan dalam bandar serta lebuhraya dan rangkaian adalah efisien. Kebanyakan responden mengatakan bahawa pengangkutan termasuklah bas dan teksi mudah didapati di kawasan mereka.






Daripada hasil tinjauan kami di bandar Kajang mempunyai banyak perkhidmatan bas yang membawa penumpang ke tempat mereka ingin tujui. ini dapat dilihat seseorang itu amat mudah untuk mendapatkan bas kerana terdapat banyak destinasi bas itu akan pergi termasuklah Semenyih dan juga Bandar Baru Bangi serta mempunyai kadar tambang bas yang murah kira-kira RM 0.70 dan tambang bas bagi rapid ialh RM 1.00. Di samping itu juga, kemudahan jaringan jalan raya dan lebuh raya juga adalah efisien yang mana rangkaian jalan raya yang banyak untuk pergi ke sesuatu tempat itu menjadikan tempoh perjalanan menjadi pendek serta menjimatkan masa. Laluan motosikal juga turut disediakan oleh MPKj untuk memudahkan penunggang motosikal serta perjalanan mereka lebih selamat dan melalui hasil maklum balas responden mengatakan ia dalah efisien.


Kemudahan stesen bas dan teksi yang banyak di ketiga-tiga Bandar memperlihatkan keefisenan Majlis Perbandaran Kajang dalam menyediakan kemudahan untuk masyarakat. Kemudahan lapangan terbang dan sistem pengangkutan udara serta pelabuhan, pengangkutan kargo dan kapal persiaran di kawasan kajian adalah kurang dan kebanyakan responden memberi pendapat tiada komen dalam kemudahan pengangkutan ini kerana di tempat mereka tiada pengangkutan dan kemudahan seperti ini.

















Bahagian B > perdagangan

Perdagangan

Seterusnya dalam bahagian perdagangan hasil keseluruhan analisis mendapati bahawa secara keseluruhannya mendapati bahawa perdagangan di Bandar Kajang, bandar Baru Bangi dan Semenyih adalah efisien. Ia meliputi pusat membeli belah, kedai perabot,pasar, medan selera, perbankan, perkhidmatan insurans, stesen minyak, pusat servis kenderaan dan sebagainya adalah efisien. Bagi mereka kemudahan yang dinyatakan diatas mudah di dapati dan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka.


























































Bahagian B > perkilangan dan perindustrian

Perkilangan dan perindustrian


Majoriti responden mengatakan perkilangan dan perindustrian sebagai efisien. Hal ini kerana banyak pembinaan kilang untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan penduduk dari negeri lain untuk bekerja. Kebanyakan kilang tertumpu kepada Bandar Bangi kerana kawasan ini dikenali sebagai kawasan perindustrian. Pembangunan industri perkhidmatan membuka peluang kepada penduduk tempatan dan penduduk yang datang ke kawasan ini untuk bekerja. Pengambilan tenaga kerja yang ramai menggalakkan lagi tumpuan penduduk untuk bekerja di kawasan perkilangan.
Hal ini disebabkan pengiklanan peluang pekerjaan yang meluas di media massa terutama surat khabar mengenai peluang pekerjaan menggalakan anak-anak muda berhijrah ke kawasan ini kerana peluang pekerjaan yang banyak dan mampu menampung ramai pekerja disebabkan banyak terbinanya kilang-kilang. Di samping itu juga di kebanyakan kawasan kajian, dapat dilihat banyak iklan jawatan kosong seperti operator pengeluaran kilang yang secara tidak langsung dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.














































Bahagian B > pelancongan dan budaya

Pelancongan dan budaya

Responden yang telah kami temui di ketiga-tiga bandar menyatakan bahawa pelancongan dan budaya di kawasan kajian kurang efisien. Kawasan pelancongan yang kurang menyebabkan kawasan tiada daya tarikan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi. Kawasan pelancongan yang ada kurang dikenali ramai dan hanya diketahui oleh sebilangan penduduk. Kawasan tersebut kurang promosi menyebabkan kawasan pelancongan yang mampu menarik pelancong supaya melancong di kawasan tersebut tiada. Kajang hanya dikenali oleh pelancong kerana terdapatnya makanan satay yang terkenal di Malaysia. Satay Hj Shamuri sangat terkenal di Kajang dan merupakan produk pelancongan yang berjaya menarik pelancong untuk datang ke Kajang.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang mencukupi menggalakan aktiviti pelancongan. Namun begitu, produk pelancongan yang kurang di ketiga-tiga kawasan menyebabkan aktiviti pelancongan yang mampu menarik pelancong kurang mendapat sambutan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa keseluruhan kualiti aktiviti perlancongan kurang efisien disebabkan tindakan daripada pihak berwajib untuk memajukan pelancongan di kawasan pentadbirannya kurang malah tiada pun aktiviti pelancongan yang mampu menarik perlancong sama ada pelancong dalam Negara ataupun luar Negara. Kawasan yang mampu menarik pelancongan tidak dibangunkan dan dibiarkan sahaja kawasan tersebut diliputi dengan semak samun.