CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Bahagian A > Latar belakang responden

Kajian yang kami lakukan adalah di Bandar Kajang, Semenyih dan Bandar Baru Bangi yang meliputi 45 responden iaitu 29 lelaki dan 16 responden perempuan dan purata umur keseluruhan responden ialah dari umur 17 tahun sehingga umur 66 tahun. Di samping itu juga responden Melayu ialah 17 orang (37.8%), Cina ialah 15 orang (33.3%),India ialah 11 orang (24.4%) dan kaum lain ialah 2 orang ( 4.4%). Tempoh responden tinggal di tempat kediaman mereka dari linkungan 1 tahun sehinggalah 66 tahun. Dalam aspek tempat tinggal semasa yang di lakukan kajian ini, kami mendapatkan responden yang tinggal di daerah kajang mengikut pecahan bandar iaitu seramai 23 orang di bandar kajang, 14 orang di semenyih dan 8 orang di kawasan bangi.


Negeri Asal
Rata-rata responden yang terlibat merupakan penduduk yang sememangnya berasal dari negeri Selangor sendiri iaitu sebanyak 57.8% iaitu melebihi separuh dari jumlah keseluruhan responden.


Bagi tahap pendidikan dalam kalangan responden pula, terdapat 3 orang responden yang tidak bersekolah iaitu mewakili 6.7% daripada jumlah keseluruhan responden. 8 orang (17.8%) mendapat pendidikan sehingga ke peringkat PMR, 19 orang (42.2%) SPM dan 4 orang (8.9%) sehingga peringkat STPM. Manakala responden yang mempunyai tahap pendidikan Diploma adalah seramai 7 orang atau 15.6% dari keseluruhan, peringkat Ijazah Pertama 3 orang (6.7%), dan lain-lain 1 orang (2.2%).


Secara keseluruhannya, responden kami terdiri daripada mereka yang mendapat tahap pendidikan sehingga peringkat SPM dan bagi mereka yang tidak bersekolah/sekolah rendah adalah terdiri daripada responden yang telah berumur.
Pekerjaan responden meliputi pekerjaan seperti kerani, bekerja sendiri, pekerja kilang, promoter,pemandu teksi, pengurus cawangan dan sebagainya yang bekerja di sektor awam mahupun swasta. Kebanyakan responden bekerja dekat dengan tempat tinggal mereka yang memudahkan mereka untuk berulang alik daripada rumah.








0 comments: