CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 9, 2008

KAJANG...


Pada hari kedua, kami telah menjalankan kajian di kawasan Bandar Kajang. Kami mendapati Bandar Kajang ini mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah dari segi kedai, medan selera, pusat membeli belah dan sebagainya adalah mencukupi kepada masyarakat yang tinggal di kawasan ini. Di Bandar Kajang ini juga terdapat pusat perhentian bas yang meliputi perkhidmatan bas, ekspress,teksi dan sebagainya.

Sewaktu kami hendak pergi ke kawasan kajian kami telah menaiki bas mini yang berada di luar UKM, semasa kami menaiki bas tersebut, ada satu daripada tingkap bas ini yang telah pecah dan hanya ditutup dengan plastik. Perbuatan pemandu bas itu secara tidak langsung telah membahayakan keselamatan penumpang.
Walaupun kami agak tidak selesa dengan keadaan bas itu tetapi kami tetap meneruskan perjalanan. Ini dapat dilihat walaupun kemudahan bas yang tidak lengkap, masyarakat di kawasan tersebut tidak kisah dan tetap menaiki bas tersebut kerana bas adalah salah satu antara kemudahan yang ada serta mempunyai tambang yang murah untuk pergi ke tempat yang mereka ingin tujui.

0 comments: