CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 9, 2008

Bermulanya kajian ku..

Dalam penyelidikan ini, bertujuan untuk mengetahui keefisenan sesebuah pihak Berkuasa tempatan dalam menyelesaikan isu masalah di kawasannya. Kajian yang telah kami fokuskan ialah di kawasan kajang yang meliputi Bandar Kajang, Semenyih dan Bangi iaitu di bawah pusat pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat kami telah menyenaraikan susunan jumlah penduduk mengikut kaum yang tertinggi dan yang Bandar pertama ialah Bandar Kajang, diikuti Semenyih dan Bandar Baru Bangi.


Bangi- Masalah pengambilan sampah sarap oleh pihak yang tertentu yang tidak mengikut jadual menyebabkan masalah sampah sarap yang terbiar memberi kesan kepada masyarakat di kawasan tersebut. Menurut responden yang telah kami temubual dikawasan perumahan tersebut mengatakan bahawa masalah sampah sarap ini telah menjejaskan kawasan perumahan tersebut.
Apatah lagi apabila sampah sarap yang kian bertambah dari hari ke hari memberikan bau yang busuk dan meyebabkan ketidakselesaan masyarakat di kawasan tersebut. Menurutnya juga, masalah sampah sarap yang terbiar ini , menjejaskan pandangan oleh orang yang datang dan melihat kawasan perumahan tersebut kotor dan tidak terjaga kebersihannya.
Di samping itu juga sikap masyarakat juga yang tidak mengambil perhatian dengan menjaga kawasan perumahan mereka . Ini kerana mereka membuang sampah di merata-rata tempat di tempat mebuang sampah tersebut tanpa menghiraukan untuk menjaga kebersihan. Oleh itu pihak yang berwajib perlu mengambil perhatian yang serius akan keadaan ini dan masalah yang diadukan oleh masyarakat perlu diambil tindakan yang cepat agar masalah dapat diatasi serta sikap masyarakat yang perlu diubah untuk menjaga alam sekitar.


0 comments: